Polly po-cket
Home
Mobile
Artikel
Islami
Tentang Admin
Buku Tamu
Site Map
File List
Tanggal 29 Apr 2025
Jam: 19:41:05

Total pengunjung: 421



Sejarah Dajjal

Sejarah Dajjal
(gambar ini hanya ilustrasi saja)


Ada riwayat Muslim yang diterima dari
Fatimah binti Qais mengatakan: “Saya telah
mendengar muazzin Rasulullah s.a.w
memanggil untuk solat. Saya pun pergi ke
masjid dan solat bersama Rasulullah s.a.w.
Selesai solat, Rasulullah s.a.w naik ke atas mimbar. Nampak semacam bergurau Baginda
tertawa dan berkata: “Jangan ada yang
bergerak. Hendaklah semua duduk di atas
sajadahnya.” Kemudian berkata: “Tahukah
kamu mengapa aku memerintahkan kamu
jangan ada yang pulang?” Kami menjawab: “Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu.” Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Demi Allah
aku me-nyuruh kamu berkumpul di sini bukan
ingin menakut-nakuti dan bukan memberi
khabar gembira. Aku ingin menceritakan
kepada kamu bahawa Tamim Al-Dariy adalah
seorang Nasrani, kemudian dia datang menjumpai aku dan masuk Islam. Dia ada
bercerita kepadaku tentang satu kisah
tentang Dajjal. Kisah yang dia ceritakan itu
sesuai dengan apa yang telah aku ceritakan
kepada kamu sebelumnya. Katanya dia bersama 30 orang kawannya
pergi ke laut dengan menaiki kapal. Angin
kencang datang bertiup dan ombak besar
membawa mereka ke tengah-tengah
samudera yang luas. Mereka tidak dapat
menghalakan kapalnya ke pantai sehingga terpaksa berada di atas laut selama satu
bulan. Akhirnya mereka terdampar di sebuah
pulau menjelang terbenamnya matahari. Di
pulau yang tidak ditempati orang itu mereka
berjumpa dengan binatang yang sangat
tebal bulunya sehingga tidak nampak mana jantina dan duburnya. Mereka bertanya kepada binatang itu:
“Makhluk apa engkau ini?” Binatang itu
menjawab: “Saya adalah Al-Jassasah.”
Mereka tanya: “Apa itu Al-Jassasah?”
Binatang itu hanya menjawab: “Wahai
kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini,
sesungguhnya dia pun ingin berjumpa
dengan kamu. Mereka pun pergi ke tempat
yang ditunjukkan oleh binatang itu. Di sana mereka menjumpai seorang lelaki
yang sangat besar dan tegap. Ertinya
mereka tidak pernah melihat orang sebesar
itu. Dari tangannya sampai ke tengkuknya
dikuatkan dengan besi, begitu juga dari
lututnya sampai ke telapak kakinya. Mereka bertanya: “Siapakah anda?” Orang seperti
raksaksa itu menjawab: “Kamu telah
mendengar cerita tentang aku. Sekarang aku
pula ingin bertanya: “Siapa kamu ini?” Mereka menjawab: “Kami adalah manusia
berbangsa Arab. Kami pergi ke laut menaiki
kapal, tiba-tiba datang ombak besar
membawa kami ke tengah-tengah samudera
luas dan kami berada di lautan selama satu
bulan. Akhirnya kami terdampar di pulau yang tuan tempati ini. “Pada mulanya kami berjumpa dengan
binatang yang sangat tebal bulunya
sehingga kami tidak dapat mengenali
jantinanya. Kami tanya siapa dia katanya
Al-Jassasah. Kami tanya apa maksudnya dia
hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai
lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin
berjumpa dengan kamu.” Itulah sebabnya kami datang ke tempat ini.
Sekarang kami sudah berjumpa dengan tuan
dan kami ingin tahu siapa tuan
sebenarnya.” Makhluk yang sangat besar itu
belum menjawab soalan mereka terus sahaja
mengemukakan soalan: “Ceritakan kamu kepadaku keadaan kebun kurma yang di
Bisan itu,” nama tempat di negeri Syam.
Mereka menjawab: “Keadaan apanya yang
tuan maksudkan?” Orang besar itu
menjawab: “Maksudku apakah pokok kurma
itu berbuah?” Setelah mereka menjawab bahawa pokok kurma itu berbuah, orang
besar tadi berkata: “Aku takut pokok itu
tidak berbuah.” Orang besar itu bertanya lagi: “Ceritakan
kepadaku tentang sungai Tabarah.” Mereka
menjawab: “Tentang apanya yang tuan
maksudkan?” Lelaki itu menjawab: “Maksudku
airnya apakah masih ada.” Mereka
menjawab: “Airnya tidak susut.” Lelaki itu berkata: “Air sungai itu disangsikan akan
kering.” Akhirnya lelaki seperti raksaksa itu berkata:
“Kalau begitu ceritakan kepadaku tentang
Nabi Al-Amin itu, apa yang dia buat?”
Mereka menjawab: “Dia telah berhijrah dari
Makkah ke Madinah.” Lelaki itu bertanya
lagi: “Apakah dia diperangi oleh orang- orang Arab?” Mereka menjawab: “Ya, dia
diperangi oleh orang-orang Arab.” Lelaki itu
bertanya lagi: “Kalau begitu apa pula
tindakan dia terhadap mereka?” Mereka
ceritakan bahawa Rasulullah s.a.w telah
mengembangkan dakwahnya dan sudah ramai pengikutnya. Orang besar itu berkata lagi: “Memang
begitulah, padahal mereka beruntung jika
taat kepadanya.” Kata orang besar itu lagi:
“Sekarang aku terangkan kepada kamu
bahawa aku adalah Al-Masih Dajjal. Nanti
aku akan diberi izin keluar, lalu aku pun akan menjelajah dunia ini. Dalam masa
empat puluh malam sudah dapat aku jalani
semua, kecuali Makkah dan Madinah yang
aku tidak dapat memasukinya. Negeri
Makkah dan Madinah dikawal oleh para
Malaikat, maka aku tidak dapat menembusinya.” Kata Tamim Al-Dariy lagi, “Rasulullah s.a.w
menekankan tongkatnya di atas mimbar
sambil berkata: “Inilah negeri yang tidak
dapat dimasukinya itu, iaitu Madinah.
Saudara-saudara sekalian apakah sudah
aku sampaikan cerita ini kepada kamu?” Mereka menjawab: “Ya, sudah ya
Rasulullah.” Rasulullah s.a.w berkata lagi:
“Sememangnya hadis Tamim itu lebih
meyakinkan saya lagi. Ceritanya itu
bersesuaian dengan apa yang telah aku
sampaikan kepada kamu sebelumnya, iaitu tentang Makkah dan Madinah yang
dikatakan tidak dapat dimasuki Dajjal. Cuma
dia ada mengatakan di lautan Syam atau di
laut Yaman. Tidak, bahkan ia dari arah
timur. Ia dari arah timur,” kata Rasulullah
s.a.w sambil menunjuk ke arah timur. Rasulullah s.a.w telah menguatkan lagi
bahawa Dajjal akan datang dari arah timur.
Ada yang mengatakan bahawa Dajjal akan
datang dari Khurasan atau Asfihan. KHUTBAH RASULULLAH PERIHAL DAJJAL Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata:
“Rasululah s.a.w telah berkhutbah di
hadapan kami. Dalam khutbahnya itu
Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal.
Baginda telah bersabda: “Sesungguhnya
tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah
yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang
diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan
kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi
yang terakhir sedangkan kamu adalah umat
yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu.
Seandainya dia datang sedangkan aku
masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku
adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin.
Kalau dia datang sesudah kematianku, maka
setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-
orang mukmin. “Dajjal itu akan datang nanti dari satu
tempat antara Syam dan Irak. Dan
mempengaruhi manusia dengan begitu cepat
sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia,
tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan
kepada kamu ciri-ciri Dajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku
kepada umatnya. “Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku
dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada
lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia
mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa
Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat
sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan
tidak sama dengan baharu. Dan juga di
antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR,
yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang
pandai membaca atau buta huruf. “Di antara fitnah Dajjal itu juga dia
membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu
sebenarnya syurganya sedangkan
syurganya itu neraka, yakni panas. Sesiapa
di antara kamu yang disiksanya dengan
nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia
membaca pangkal surah Al-Kahfi, maka
nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api
yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi
sejuk. “Di antara tipu dayanya itu juga dia
berkata kepada orang Arab: “Seandainya
aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu
yang sudah lama meninggal dunia itu,
apakah engkau mengaku aku sebagai
Tuhanmu?” Orang Arab itu akan berkata: “Tentu.” Maka syaitan pun datang
menyamar seperti ayah atau ibunya.
Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan
suaranya pun sama. Ibu bapanya berkata
kepadanya: “Wahai anakku, ikutilah dia,
sesungguhnya dialah Tuhanmu.” “Di antara tipu dayanya juga dia tipu
seseorang, yakni dia bunuh dan dia belah
dua. Setelah itu dia katakan kepada orang
ramai: “Lihatlah apa yang akan kulakukan
terhadap hambaku ini, sekarang akan
kuhidupkan dia semula. Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula. Kemudian
Laknatullah Alaih itu bertanya: “Siapa
Tuhanmu?” Orang yang dia bunuh itu, yang
kebetulan orang beriman, menjawab:
“Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau
adalah musuh Allah.” Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan
dia termasuk orang yang paling tinggi
darjatnya di syurga.” Kata Rasulullah s.a.w lagi: “Di antara tipu
dayanya juga dia suruh langit supaya
menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun
turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan
tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan
termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan
orang-orang baik dan mereka tidak me-
ngakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan
yang demikian itu tanam-tanaman dan
ternakan mereka tidak menjadi. “Dajjal itu datang ke tempat orang-orang
yang percaya kepadanya dan penduduk
kampung itu mengakunya sebagai Tuhan.
Disebabkan yang demikian hujan turun di
tempat mereka dan tanam-tanaman mereka
pun menjadi. “Tidak ada kampung atau daerah di dunia
ini yang tidak didatangi Dajjal kecuali
Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu
tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana
dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani
menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke
pergunungan di luar kota Madinah, kota
Madinah bergoncang seperti gempa bumi.
Ketika itu orang-orang munafik kepanasan
seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal
di Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah
menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang
dikatakan hari pembersihan kota Madinah. Dalam hadis yang lain, “di antara fitnah
atau tipu daya yang dibawanya itu, Dajjal
itu lalu di satu tempat kemudian mereka
mendustakannya (tidak beriman kepadanya),
maka disebabkan yang demikian itu tanam-
tanaman mereka tidak menjadi dan hujan pun tidak turun di daerah mereka. Kemudian
dia lalu di satu tempat mengajak mereka
supaya beriman kepadanya. Mereka pun
beriman kepadanya. Maka disebabkan yang
demikian itu Dajjal menyuruh langit supaya
menurunkan hujannya dan menyuruh bumi supaya menumbuhkan tumbuh-tumbuhannya.
Maka mereka mudah mendapatkan air dan
tanam-tanaman mereka subur.” Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah
s.a.w bersabda: “Menjelang turunnya Dajjal
ada tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun
orang-orang pendusta dipercayai orang dan
orang jujur tidak dipercayai. Orang yang
tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai.” Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah
s.a.w ada bersabda: “Bumi yang paling baik
adalah Madinah. Pada waktu datangnya
Dajjal nanti ia dikawal oleh malaikat. Dajjal
tidak sanggup memasuki Madinah. Pada
waktu datangnya Dajjal (di luar Madinah), kota Madinah bergegar tiga kali. Orang-
orang munafik yang ada di Madinah (lelaki
atau perempuan) bagaikan cacing
kepanasan kemudian mereka keluar
meninggalkan Madinah. Kaum wanita adalah
yang paling banyak lari ketika itu. Itulah yang dikatakan hari pembersihan.
Madinah membersihkan kotorannya seperti
tukang besi membersihkan karat-karat besi.” Diriwayatkan oleh Ahmad, hadis yang
diterima dari Aisyah r.a. mengatakan:
“Pernah satu hari Rasulullah s.a.w masuk ke
rumahku ketika aku sedang menangis.
Melihat saya menangis beliau bertanya:
“Mengapa menangis?” Saya menjawab: “Ya Rasulullah, engkau telah menceritakan
Dajjal, maka saya takut mendengarnya.” Rasulullah s.a.w berkata: “Seandainya Dajjal
datang pada waktu aku masih hidup, maka
aku akan menjaga kamu dari gangguannya.
Kalau dia datang setelah kematianku, maka
Tuhan kamu tidak buta dan cacat.” Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah
s.a.w bersabda: “Dajjal muncul pada waktu
orang tidak berpegang kepada agama dan
jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada
empat puluh hari, yang mana satu hari
terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu
hari yang terasa satu minggu, kemudian
hari-hari berikutnya seperti hari biasa.” Ada yang bertanya: “Ya Rasulullah, tentang
hari yang terasa satu tahun itu, apakah
boleh kami solat lima waktu juga?”
Rasulullah s.a.w menjawab: “Ukurlah berapa
jarak solat yang lima waktu itu.” Menurut riwayat Dajjal itu nanti akan
berkata: “Akulah Tuhan sekalian alam, dan
matahari ini berjalan dengan izinku. Apakah
kamu bermaksud menahannya?” Katanya
sambil ditahannya matahari itu, sehingga
satu hari lamanya menjadi satu minggu atau satu bulan. Setelah dia tunjukkan kehebatannya
menahan matahari itu, dia berkata kepada
manusia: “Sekarang apakah kamu ingin
supaya matahari itu berjalan?” Mereka
semua menjawab: “Ya, kami ingin.” Maka dia
tunjukkan lagi kehebatannya dengan menjadikan satu hari begitu cepat berjalan. Menurut riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w
bersabda: “Akan keluarlah Dajjal kepada
umatku dan dia akan hidup di tengah-tengah
mereka selama empat puluh. Saya sendiri
pun tidak pasti apakah empat puluh hari,
empat puluh bulan atau empat puluh tahun. Kemudian Allah SWT mengutus Isa bin
Maryam yang rupanya seolah-olah Urwah
bin Mas’ud dan kemudian membunuh Dajjal
itu.” Dan menurut ceritanya setelah munculnya
Dajjal hampir semua penduduk dunia menjadi
kafir, yakni beriman kepada Dajjal. Menurut
ceritanya orang yang tetap dalam iman
hanya tinggal 12,000 lelaki dan 7,000 kaum
wanita.


Sumber : http://islamdongeng.blogspot.com
Di tulis oleh : Wahyu Mysterio





Refresh Translate Ke Judul Ke Artikel Lain >